Wednesday, December 17, 2008

Adakah Islam Mengongkong Wanita?




Islam beri kebebasan wanita cipta peradaban

Turut jadi tonggak kemajuan negara dalam segala bidang termasuk di medan perang


MENDIRIKAN sebuah rumah, tidak mungkin mampu jika tidak ada tiangnya. Begitu juga untuk menegakkan agama, tidak mungkin terpacak jika tidak ada tiangnya. Demikian untuk membangunkan sesebuah negara mesti bermula dengan menyediakan tiangnya. Tiang bagi negara ialah wanita. Sesuai seperti yang dikatakan oleh pepatah, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tegaknya rumah kerana ada tiangnya. Kuat agama kerana ada solatnya. Kukuh negara pada wanitanya. Oleh itu, negara perlukan sebuah tiang yang baik dan kuat. Cendekiawan ada berkata, tiang negara yang baik ialah terasnya iman, kayunya lslam. Tiang yang buruk terasnya nafsu, kayunya syaitan.


Islam melihat pentingnya fungsi wanita dalam pembangunan sesebuah negara. Ini jelas dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Wanita itu tiang negara. Rosak wanita rosaklah negara."


Wanita yang kental jiwa bukan saja dapat menyelamatkan dirinya tetapi juga bangsa dan negara. Pujangga tersohor, Muhammad Iqbal pernah berkata:

"Wahai dikau kelumbungnya menjadi hijab yang memelihara kehormatan kami, suatu rahmat bagi kami, kekuatan agama kami, asas umat kami. Bibir putera kami meneguk susu di dadamu sejak mulanya belajar menyebut 'La ilaha ilallah'. Cintamu yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami. Panahan kilat yang beradu dalam awanmu berkemilau di gunung menyapu tanah pamah."

Demikian cetusan dan gambaran ideal dengan nukilan indah dan tepat di lukiskan pujangga Iqbal mengenai wanita. Pada sebahagian nukilan lain, Iqbal menulis: "Sebahagian tubuh yang lampai berdada pipih berbaju ketat dengan kerling mata mempesonakan. Fikirannya gilang-gemilang dengan cahaya tamadun Barat, zahirnya berupa wanita, batinnya bukan wanita. Ia telah memusnahkan tali ikatan yang memelihara."


Lantaran itu, lelaki harus perkasakan diri bagi menjunjung syariat dengan ilmu dan hikmah untuk memayungi wanita daripada segala tohmahan dan fitnah atau menegakkan wanita daripada jatuh terkulai dan meluruskan bengkoknya daripada bercakaran.

Dengan segala kelemahan, sebenarnya wanita perlukan pimpinan dan bimbingan, namun sesuatu kepemimpinan tidak mungkin sempurna tanpa wanita.

Lelaki dan wanita dijadikan Allah SWT mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Islam membahagikan hak dan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita bersama- berganding bahu memikul amanah serta tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Islam tidak mendiskriminasikan antara lelaki dan wanita malah memberi hak dan tanggungjawab sesuai dengan fitrahnya. Lelaki dengan risalah kepemimpinan sementara wanita dengan kelembutan menunai risalah keibuan.

Perbezaan hak antara lelaki dan wanita sudah dijamin oleh Islam. Pembahagian itu untuk menyelaraskan kerja bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang benar-benar berjaya dan maju.

Namun, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya diizinkan Allah bagimu iaitu wanita keluar rumah untuk sesuatu hajat yang sebenar yang tiada maksiat."

Wanita bukan sekadar berperanan di dapur dan menjaga rumah tangga saja. Dunia Barat menganggap Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat sedangkan hal demikian sudah dipraktikkan oleh wanita sebelumnya.

Catatan sejarah menulis bahawa pada abad ke-15, dunia Barat mengenali Joannne D'Arch sebagai pahlawan, malah beberapa wanita ditonjol sebagai pahlawan kerana keberaniannya, jasa serta ketokohan dan pengabdian kepada masyarakat.

Hakikatnya, wanita Islam adalah perintis utama kebebasan, kecerdasan, kemajuan, keunggulan dan ketamadunan dalam sejarah kerana wanita Islam pada abad ketujuh Masihi sudah memainkan peranannya seperti dalam Perang Khaibar serta Khandak.

Wanita Islam bukan saja terkenal dalam kegiatan kepahlawanan tetapi juga dalam aspek lain seperti pada zaman Abbasiyah muncul Siti Zubaidah berperang di samping suaminya Harun al-Rasyid. Ummul Fadha dan Fakrun Nisaa' pula adalah antara dua orang sarjana berpengetahuan yang tiada tandingan.

Tamadun dulu sudah menunjukkan peranan wanita bukan sekadar menjaga suami serta mengasuh anak saja. Peranan wanita melebihi tugasan itu sesuai dengan fitrah kejadian mereka serta sifat semula jadi yang dimiliki untuk bersama membina peradaban.

3 comments:

perMysuri said...
This comment has been removed by the author.
perMysuri said...

Assalamualaikum,

membaca artikel ini, saya berasa kelakar dengan persoalan yg dikemukakan. Sudah terang lagi brsuluh, Islam tak pernah mengongkong wanita. hakikat yg masih samar2 hanyalah kerana kita yg tak faham Islam secara tulusnya, malahan praktiknya sekadar ambil sikit2 yg mana yg berkenan di hati.

Wanita bukan makhluk yg gagah perkasa, oleh sebb itu mereka tak diwajibkan berperang mahupun bekerja. wanita bukan juga makhluk yg tinggi hidung, kerana itulah wanita tak berkuasa menjatuhkan talak atas suaminya, atau mengimamkan lelaki dlm setiap sujud solatnya. Demikianlah hakikat kejadian wanita, Allah telah tetapkan pula hukum2 yg sewajarnya kita as His servants terima dan amalkan. Hukum2 ini bukan bererti mengongkong, tetapi sebagai tanda menjaga maruah dan kelemahan wanita yg mana mereka sendiri kdg2 lupa, mereka ialah wanita dan bukan lelaki.

saya tertarik dgn petikan ini:

"Lantaran itu, lelaki harus perkasakan diri bagi menjunjung syariat dengan ilmu dan hikmah untuk memayungi wanita daripada segala tohmahan dan fitnah atau menegakkan wanita daripada jatuh terkulai dan meluruskan bengkoknya daripada bercakaran."

perlu kita lihat kepada realiti hidup di dunia nowadays. ada ke pembelaan untuk wanita seperti yg Islam telah syariatkan? semua wanita pun nakkan persamaan hak sama seperti lelaki, dan yg menjadi masalah terbesar ialah penentangan drp kaum wanita Islam terhadap hukum2 Alah sendiri. fa subhanallah, perkara2 spt ini timbul bukan sbb sistem Islam tlh lemah, tetapi kerana penganutnya yg tak kuat untuk menggalas tanggungjawab dan amanat beragamakan Islam, bercontohkan Muhammad SAW, dan bertuhankan Allah yg Esa.

jadi, berlandaskan konsep syariat bhw Islam tidak mengongkong wanita, sama2lah kita bina kembali tamadun Islam yg gah dgn memulakan satu syarat: kembalilah kepada ajaran Islam yg sebenar.

Allau a'lam. (",)
Kak Fatihah, IIUM

tarasakila said...

betul tu kak..kebanyakan lelaki juga dayus menyebabkan perempuan byk menuntut kesamaan..lelaki tidak seperti gambaran yang diberikan oleh Rasulullah saw