Wednesday, December 3, 2008

Anjing Tempat Meluah Rasa?


Anjing Jadi Kawan?


FIRMAN Allah bermaksud: "Dan barang siapa yang berpaling dari mengingati-Ku, maka sesungguhnya bagi kehidupan yang sempit dan Kami bangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Surah Taha, ayat 124).


Siapa saja kita lihat kehidupan masyarakat Barat hari ini, apa lagi mereka yang tinggal lama di sana, tidak akan berasa asing bahawa masyarakat itu sedang mengalami krisis kemanusiaan yang parah dan berterusan. Mereka sedang menuju arah keruntuhan dan kehilangan tamadun kemanusiaan.

Hal itu disebabkan mereka tenggelam dalam arus materialisme sebagai tuhan baru di dunia barat. Nilai Rabbani tercabut dari hati naluri manusia yang tidak hidup di atas hidayah Allah SWT. Mereka akhirnya hidup dalam kegelapan yang mencengkam.


Seperti diketahui, sudah menjadi budaya barat, berjinak-jinak dan berkawan dengan haiwan yang namanya anjing. Pelbagai jenis anjing mereka pelihara sesuai dengan selera masing-masing. Sepintas lalu, orang menjadi kagum pada masyarakat Barat dalam hal ini. Mereka menilai kemajuan masyarakat barat yang sayang kepada haiwan.


Pembabitan mereka pada anjing sudah sedemikian rupa, ada yang mengatakan 'No life without dog' (tidak ada kehidupan tanpa anjing). Pada hal untuk memelihara anjing di sana memerlukan biaya yang bukan sedikit. Daging yang dimakan anjing mereka lebih mahal dari daging yang dimakan manusia.

Jika kita mengamati lebih mendalam, dapati keakraban mereka dengan anjing adalah salah satu malapetaka kemanusiaan yang dialami insan Eropah, di mana mereka sudah tidak percaya lagi bersahabat dengan manusia. Bahkan tidak percaya pada anaknya sendiri.

Merekaberasa lebih percaya kepada anjing daripada manusia. Mereka lebih suka memelihara anjing dan hidup bersama anjing daripada hidup serumah dengan anak atau suami. Jadi memelihara anjing adalah suatu pelarian seperti kecewa pada manusia.


Kenapa jadi begitu? Kerana dari pengalaman hidupnya, mereka merasakan hidup bersama dengan manusia, boleh menimbulkan banyak persoalan, baik dengan pasangan hidup mahupun anak keturunan sendiri. Yang didapati mereka bukan ketenangan, tetapi justeru menambah kesengsaraan. Itulah krisis kemanusiaan Barat.

Berapa banyak orang berusia tua tinggal bersama anjingnya di rumah. Anjing itu betul-betul menjadi teman hidupnya, bahkan dibawa tidur bersama. Ia kerana budaya di barat, anak-anak yang sudah besar tidak mahu tinggal bersama orang tuanya. Orang tua tinggal sendiri di rumahnya. Anak-anak tinggal terpisah dengan keluarganya sendiri, di luar kota atau dalam suatu kota.

Nenek (70-an tahun ke atas), biasanya berjalan naik kereta sendirian berkunjung ke rumah anaknya yang tinggal di kota lain. Akibat kesepian seperti ini, orang yang sudah berusia lanjut merasa sedih dan kesepian tinggal sendirian. Sesungguhnya batin mereka memberontak, hati mereka merindukan hidup dengan anak dan cucunya. Namun itu tidak mungkin terjadi dalam budaya mereka. Inilah yang menyebabkan pelarian kerinduan kepada binatang seperti anjing dalam kehidupan budaya Barat.

Kenapa mesti berteman dengan anjing? Kerana haiwan itu memang memiliki unsur kesetiakawanan yang baik dengan tuannya. Jadi nenek itu mencurahkan kasih sayangnya kepada anjing, kerana ia tidak dapat mencurahkan kepada manusia, sekalipun itu adalah anak atau cucunya sendiri.

Lebih parah, anaknya menitipkan orang tuanya ke rumah kebajikan. Tetapi apakah dengan cara begitu, batin mereka berasa puas dan selesa. Tentu juga mereka tidak berasa puas.

3 comments:

Anonymous said...

hmm, terlalu mengagungkan anjing mmg tak patut,tetapi saya kecewa dengan masyarakat Malaysia yang terlalu jijik dengan anjing dewasa ini. Sedangkan anjing hanyalah seekor haiwan, yang juga tidak akan dihisab dihari akhirat kelak, bahkan seperti mana yang kita tahu, setiap haiwan itu berzikir kepada Allah, tidak terkecuali-anjing..hanya perlu disama; jika terkena air liurnya, dan Rasulullah juga melarang umatnya membela anjing kecuali pada beberapa keadaan sahaja. Akan tetapi tidak bermakna memegang anjing itu adalah suatu yang haram, sedangkan ia hanya najis dan boleh disucikan semula..

Anonymous said...

kalau kita pergi bukittinggi,padang indonesia, 97% 0rang islam terdiri dari orang minang.boleh kata setiap rumah bela anjing.anjing digunakan untuk berburu.disitulah lahirnya HAMKA.

Anonymous said...

mmm...
Seorang itu jika dia mengaku dirinya Islam hendaklah dia menerima seadanya iaitu apa yang telah dihukumkan dalam Islam mengenai haiwan seperti anjing walaupun haiwan itu sangat comel,
sekalipun anjing itu begitu menyentuh sanubarinya.
Patut seseorang menjauhi anjing ini adalah kerana seorang Muslim diharamkan daripada menyentuhnya,
kecuali dalam hal-hal kecemasan, contohnya ada anak anjing jatuh longkang, Ya, dalam hal ini sebagai seorang hamba Allah Taala
kita tak patut biar anjing itu terus kesejukan atau mati.
Tapi, kalau sehingga hendak dijadikan haiwan peliharaan, ataupun kita mempersoalkan hukum Allah Taala tentang larangan keras hanya kerana haiwan-haiwan seperti ini comel, hal ini melampaui batas.

Zaman sekarang ramai buat fatwa sendiri.
Hukum dan Hadith kata mereka
ketinggalan zaman.

Apakah ilmu Allah yang redha atas tiap baris hadith Rasulullaah Saw
itu kurang, sehingga tidak mampu diikuti oleh Umat tahun 2020?
Mustahil, janganlah begini.
Sudah tentu hadith dan hukum Islam
berkekalan 'hikmah'nya hingga saat terakhir dunia ini.

P.s: Ramai orang tertanya-tanya kenapa perempuan perlu tutup aurat.
Tak masuk akal kata orang.
Apalah salahnya nampak rambut yang cantik bersinar tu?
.... Tapi siapa tahu 'hikmah' hukum Allah.
Hikmahnya, kalau seseorang tu tutup aurat dan menjaga batas pergaulan, terselamat dia dari dirogol atau berzina!
Sebab aurat terbukalah perempuan kena rogol.
Hikmah disebalik hukum Allah Taala...
Memang tak diduga kebaikannya...



Hati-hati...merekalah golongan liberal.