Saturday, December 20, 2008

Video Ijab Kabul Mawi Ekin



Selamat Pengantin Baru Kami Ucapkan Kepada Mawi Semoga Berkekalan Sepanjang Hayat Bersama Amin...

Mawi, Ekin sah suami isteri

20/12/2008 3:16pm


Mawi dan Ekin di majlis pernikahannya di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru


JOHOR BAHRU 20 Dis. - Penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Ekin atau Nora’ashikin Rahmat, 29, selamat melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

Dengan hanya sekali lafaz, Mawi yang mula dikenali selepas bergelar juara program popular, Akademi Fantasia (AF3) itu, sah menjadi suami kepada pelakon tersebut.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd. Said, pada pukul 11.40 pagi.






Mawi-Ekin sah suami isteri

Mawi bersama isterinya, Ekin melambaikan tangan kepada para peminat selepas majlis pernikahan mereka di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 20 Dis. – Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Butik Cosry, majlis akad nikah disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga Mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak keluarga Ekin.

Majlis dimulakan apabila rombongan pengantin perempuan membawa masuk 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.

Ia diikuti rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan dan alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran berupa cek bernilai RM30,000.

Walaupun raptai majlis tersebut diadakan sehari sebelum upacara itu, Mawi dilihat agak berdebar tetapi dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.

Sebaik sahaja akad nikah selesai, Mawi diberi peluang membaca taklik dan seterusnya melakukan sujud syukur bersama imam masjid berkenaan, Mahadir Yahya.

Majlis menjadi agak lucu apabila Mawi kelihatan kekok dan terus ketawa apabila diminta jurugambar untuk mencium dahi isterinya selepas sesi menyarungkan cincin bagi membatalkan air sembahyang serta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50.

Bagaimanapun suasana sedikit hiba apabila Ekin mengalirkan air mata ketika mendengar pesanan ibunya, Fatimah Saad.

Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Ini merupakan majlis pernikahan artis kedua yang disiarkan secara langsung selepas majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 21 Ogos 2006.

Pada sidang akhbarnya, Mawi berkata, beliau amat gembira kerana akhirnya bergelar suami kepada Ekin selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan mereka.

“Sebelum ini kami menghadapi macam-macam dugaan tetapi akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” kata Mawi yang akan melantik Ekin sebagai perunding imej dan pengurusnya.

Kata Mawi, antara faktor yang menambah perasaan sayangnya terhadap Ekin ialah apabila melihat pengorbanan isterinya yang tabah menghadapi tekanan ketika dikecam oleh segelintir pihak.

Ekin yang akan membuka butik busana Muslim selepas perkahwinan berpendapat, dia membuat keputusan yang betul memilih Mawi sebagai suaminya walaupun penyanyi itu turut dilemparkan pelbagai tuduhan.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam ini dengan 1,500 tetamu. Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember ini di Felda Taib Andak, Kulai.

Mawi, Ekin selamat diijab kabul: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin selamat diijab kabul di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, semalam.


Mawi, Ekin selamat diijab kabul: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin selamat  diijab kabul di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, semalam.

5 comments:

ateh... said...

hai mawi kawin pun leh masuk dlm blog ni hek??hihihihi.

tarasakila said...

salam saudara tawakkil..saya cume memasukkan video kahwinnya bukan lagunya atau jogetnya diatas pentas...apa salahnya kita hebahkan perkara perkahwinannya bukannya perkembangan muziknya...

ateh... said...

betul la..saye tak lasah kan awk pun..cume saye nak tanye je kan.hihihi.saye dah ikut ckp awk ngn kak heze tau..

Anonymous said...

menyampah laa..
apsal masuk kisah mawi kat cni plak..
eii..nak termuntah

ateh... said...

anony jgn le marah2 kang nnt kite kawin kite letak dlm blog kite ye..hihih